Wednesday, August 17, 2011

JEMPUTAN HINGGA KE AKHIR HAYAT



Setiap detik dan saban tahun ia datang bertamu

mengetuk pintu hati

menyampai khabar & juga sebagai signal

USIA semakin bertambah

Kematian semakin menghampiri

Seiringkah Amal dengan Usia?

Muga segala amalan kami di terima oleh Nya....

Kami panjatkan kesyukuran padamu Ya ALLAH

masi memberi kesempatan untuk kami

bertamu di bumimu

Muga kami masih bisa menghuni

dan menikmati kehidupan yang sementara ini

Untuk kami meningkatkan amal kami.....

Memohon taubat kami.....

sebelum kami menerima

JEMPUTAN istimewamu

AMIN....









10 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Kakak setiap kali solat mohon kalau boleh andai telah sampai Izrael nak jemput pun biarlah bila bekalan kakak telah cukup. Sedar betapa kerdil diri ini bila membanding dgn mereka yg alim...

    Nampak burung tu mesti teringat depan masjidilharam....:)

    Selamat berpuasa ke 17 hari dah ye... cepat sungguh.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Hjh,

    Sama-sama lah kita mencari bekalan yang mencukupi terutamanya di bulan RAMADHAN yang mulia ini sebelum menerima jemputan istimewa daripada yang maha ESA....

    kedua-dua gambar tersebut diambil ketika menunaikan haji tahun lepas kebetulan terserempak dengan jenazah yang baru tiba utk dibawa ke MH.....

    ReplyDelete
  3. Moga Allah s.w.t. percepatkan saya untuk Haji

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Dr.Ben,

    Saya pun bedoa agar ALLAH makbul dan percepatkan niat Dr.Ben untuk menunaikan Haji
    dan agar dapat merasai akan suasana beribadah di MH.....Sekali lagi muga-muga ALLAH makbulkan niat yang suci tersebut...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tn Hj

    salam ziarah

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. salam tuan hj

    itulah antara hikmahnya,
    kita tak tahu yang bila kita akan dijemputnya

    berbanding para banduan peringkat akhir yang akan menghadapi saat menerima hukuman mati,mereka tahu bila akan dijemput Allah dan kelebihannya serta hikmahnya ,
    mereka pula sempat bertubat sekiranya itu kehendak diri mereka dan kehendak Allah

    Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  7. salam - terasa makin hampir dijemput olehNya - tetapi amalan tak setimpal untuk menemuinya.Semoga Allah swt mengampuni dosa2 yang banyak ini.

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum,

    Kakak sesaja datang bila ada komen di N3 kakak teringat blog ini. Moga ramadahan 1433H ini lebih baik dari tahun-tahun yg lepas. Sekejap dah masuk 10 akhir ramadhan kan..

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadhan Pesona

    Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum,
    Tn Hj (Atuk) dan Hjh (Kakzakie),

    SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG BAKAL MENINGGALKAN KITA DAN BULA SHAWAL YANG BAKAL MENJELMA SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI YANG MULIA & BERGEMBIRA BERSAMA KELUARGA...

    ReplyDelete