Monday, February 7, 2011

BERSIFAT KESEDERHANAAN DLM SEMUA HAL TIDAK AKAN MENJADI MISKIN



Jika perlu MARAH, marahlah...tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah...tetapi usah lupa dengan perkataan TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah...tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN, miskinlah...tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah...tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS.
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah...asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah...asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah...asalkan jangan sampai MENGUMPAT.
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah...asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.
BERSEDERHANALAH...dalam segala hal adalah titk kejayaan dalam semua perkara.


Tuesday, February 1, 2011

PANTUN MENGGURIS BAHAGIA















Adat hidup berumah-tangga
Banyaklah hal perlu dijaga
Menjaga Iman dengan Ibadah
Menjaga tuah dengan maruah
Menjaga laku dengan karenah
Menjaga aib jangan terdedah
Menjaga malu jangan tersimbah
Menjaga lidah jangan tersalah
Menjaga langkah jangan menyalah
Menjaga duduk jangan bertelingkah
Menjaga tegak jangan rebah
Menjaga kasih jangan tumpah