Sunday, July 28, 2013



INI LAH DUGAAN YANG SEDANG DI ALAMI SEMENJAK NOV 2012 SEHINGGA KE HARI INI YANG MANA SAKIT "SLIP DISC" TIDAK BERKURANGAN WALAUPUN TELAH BEBERAPA KALI BERJUMPA DENGAN DOKTOR PAKAR DI JB MAUPUN DI KL DAN JUGA PAKAR FISIOTERAPHY SERTA LATIHAN/SENAMAN YANG DILAKUKAN SETIAP PAGI ......PEGERAKKAN PUN KINI SEMAKIN TERBATAS SERTA KENIKMATAN TIDUR DI WAKTU MALAM  BERKURANGAN AKIBAT DIHANTUI OLEH KESAKITAN YANG AMAT BERBISA MENYUCUK-NYUCUK DI KESELURUHAN BAHAGIAN BELAKAN SERTA KAKI KANAN  ................       
MUNGKINKAH HANYA PEMBEDAHAN ADALAH JALAN TERAKHIR BAGI MENYEMBUHKAN SAKT "SLIP DISC" TERSEBUT.......

MUNGKINKAH JUGA DUGAAN DARIPADA ALLAH DIKALA UMUR KINI SUDAH DI PENGHUJUNG AGAR MENERIMANYA DENGAN PENUH KESABARAN......

Wednesday, August 17, 2011

JEMPUTAN HINGGA KE AKHIR HAYAT



Setiap detik dan saban tahun ia datang bertamu

mengetuk pintu hati

menyampai khabar & juga sebagai signal

USIA semakin bertambah

Kematian semakin menghampiri

Seiringkah Amal dengan Usia?

Muga segala amalan kami di terima oleh Nya....

Kami panjatkan kesyukuran padamu Ya ALLAH

masi memberi kesempatan untuk kami

bertamu di bumimu

Muga kami masih bisa menghuni

dan menikmati kehidupan yang sementara ini

Untuk kami meningkatkan amal kami.....

Memohon taubat kami.....

sebelum kami menerima

JEMPUTAN istimewamu

AMIN....









Wednesday, August 10, 2011

TANDA-TANDA PEKERJAAN DALAM KEBERKATAN ALLAH







Tanda-tanda pekerjaan dalam keberkatan ALLAH:-







* Bila wang yang diperolehi dibelanjakan ke jalan yang benar

* Merasa seronok dengan pekerjaannya

* Tugasannya tidak tergantung dan sentiasa selesai dengan baik

* Pekerjaannya disenangi oleh orang lain

* Sentiasa bersyukur/merasa cukup walaupun hasil yang diperolehi adalah sikit

* Hati merasa tenang dengan hasil yang diperolehi.







Thursday, July 21, 2011

MENGAPA TIDAK PERLU MEMINTA MAAF



Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?



Dari itu Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu,adalah menjadi hak kamu untuk tidak MEMINTA MAAF dan kamu tidak perlu MEMINTA MAAF.









Thursday, April 7, 2011

KEBERKATAN WAKTU



Keberkatan yang paling penting ialah keberkatan dalam hidup dan keberkatan dalam waktu kita. Yakinilah, kita diciptakan untuk suatu tugas paling penting, dan waktu ialah modal yang penting, dan waktu ialah modal yang penting untuk menunaikan tugas tersebut dengan baik. Tanpa keberkatan dan pengurusan waktu yang baik, kita tidak akan dapat menunaikan tugas tersebut dengan sempurna yang menyebabkan kita keletihan/kepenatan.







Oleh sebab itu, bagi hamba-hamba ALLAH S.W.T yang sejati, waktu lebih mahal dan lebih berharga daripada wang dan harta benda apa pun di dunia ini....................

Monday, February 7, 2011

BERSIFAT KESEDERHANAAN DLM SEMUA HAL TIDAK AKAN MENJADI MISKIN



Jika perlu MARAH, marahlah...tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah...tetapi usah lupa dengan perkataan TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah...tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN, miskinlah...tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah...tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS.
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah...asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah...asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah...asalkan jangan sampai MENGUMPAT.
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah...asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.
BERSEDERHANALAH...dalam segala hal adalah titk kejayaan dalam semua perkara.


Tuesday, February 1, 2011

PANTUN MENGGURIS BAHAGIA















Adat hidup berumah-tangga
Banyaklah hal perlu dijaga
Menjaga Iman dengan Ibadah
Menjaga tuah dengan maruah
Menjaga laku dengan karenah
Menjaga aib jangan terdedah
Menjaga malu jangan tersimbah
Menjaga lidah jangan tersalah
Menjaga langkah jangan menyalah
Menjaga duduk jangan bertelingkah
Menjaga tegak jangan rebah
Menjaga kasih jangan tumpah