Thursday, July 21, 2011

MENGAPA TIDAK PERLU MEMINTA MAAF



Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?



Dari itu Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu,adalah menjadi hak kamu untuk tidak MEMINTA MAAF dan kamu tidak perlu MEMINTA MAAF.









7 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Kalau tidak bersalah nak minta maaf kerana apa? Tapi kalau bersalah memanglah selain kena meminta maaf hati pun kena taubat juga.

    Jangan taubat macam makan sambal belacan sudah.Hehehe....

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusallam Hjh,

    Kerana Menjaga Hati dan tidak mahu masaalah berpanjangan terdapat segelintir manusia sanggup meminta MAAF kepada kesalahan yang tidak dilakukan....terjadi di Pejabat saya...

    Taubat macam makan sambal belacan memang tidak boleh di ikut....makin pedas makin di cuba...

    ReplyDelete
  3. Maaf memang mudah untuk diucapkan.. Namun dalam hati siapa yang tahu. Ibarat membenamkan paku ke dinding, pabila dicabut paku itu masih ada bekas lubangnya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. InshaAllah..

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang kita terpaksa meminta maaf untuk kesalahan yang tidak kita buat hanya kerana untuk tidak mengeruhkan keadaan.

    ReplyDelete
  5. saya selalu macam tu..cepat merasa saya yg perlu mengalah..itu pasal lah selalu di pergunakan..huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Cikgu Muazam,

    Keikhlasan dihati perlu ada untuk meminta MAAF bagi kesilapan yang kita lakukan bukan...bagi kesilapan yang dilakukan oleh orang lain....

    Cikgi Tie,

    Rasanya tidak perlu untuk tidak mengeruhkan keadaan, meminta MAAF bagi kesilapan yang tidak dilakukan...oleh kerana keadaan yg keruh akan jernih apabila kebenaran di ketahuai.

    hani@debumelukut,

    Janganlah cepat mengalah kepada kesilapan yang bukan kita lakukan.......

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tn Hj

    mukin untuk mengelakan keadaan lebih keroh lagi, kita mengalah atas nama Allah, Insyaallah tujuan baik

    terima kasih sudi menziarahi PHD

    Wassalam

    ReplyDelete