Monday, February 7, 2011

BERSIFAT KESEDERHANAAN DLM SEMUA HAL TIDAK AKAN MENJADI MISKIN



Jika perlu MARAH, marahlah...tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah...tetapi usah lupa dengan perkataan TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah...tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN, miskinlah...tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah...tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS.
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah...asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah...asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah...asalkan jangan sampai MENGUMPAT.
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah...asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.
BERSEDERHANALAH...dalam segala hal adalah titk kejayaan dalam semua perkara.


2 comments:

  1. Salam pesona,

    Terkenang jam besar di MH tu ye....

    mahu menjadi hamba Allah yg terbaik dunia dan akhirat impian semua insan....

    ReplyDelete
  2. W/salam Kakzakie,

    rasanya macam akan ke MH lagi....tapi tunggu sehingga kerja-kerja disekeliling MH siap yang mana sekarang ini Masjid Kucing & kawasan berdekatannya telah pun dirobohkan setelah habis musim haji 2010......

    ReplyDelete